21 September 2008

PERSETIAAN, FALSAFAH, DEFINISI DAN MATLAMAT PENGAKAP

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:

Taat kepada Tuhan, Yang DiPertuan Agong dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap

Falsafah Pengakap

Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Definisi Pengakap

Pergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang diasaskan oleh Baden Powell.

Matlamat Pengakap

Matlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

1 comment:

budak-kom said...

pengakap seharusnya berbakti kepada negara bangsa dan tanah air tanpa mengira mana mana batasan sbb pengakap semua nya ada...walaupun ada yang kata pengakap tu haram, tu pendapat masing2...jangan sebarang kuar fatwa kalau sendiri pun jalan kena pimpin...zaman sekarang menjadikan pengakap semakin mencabat..yelah..dulu ada hutan sbg kawasan bermain, skarng yang ada cuma hutan batu...hutan juga...pengakap perlu lebih kreatifa dalam menjadikan pergerakan ini duduk sama rendah tinggi macam orang lain..ingat, pengakap ada aktanya sendiri menjadikan ia sangat eksklusif...sbb ia eksklisf, jadikan pengakap terus relevan sama dengan peredaran zaman...