1. Apakah maksud overclocking?
Overclocking bermaksud menaikkan kelajuan sesebuah processor(CPU/GPU/VPU) atau DRAM daripada kelajuan asal yang telah ditetapkan oleh pengeluar.
Ini bermaksud kita mendapat kelajuan yang lebih dengan harga yang lebih murah.
2. Adakah setiap pc boleh di overclock?
Proses ini bergantung kepada jenis cpu/gpu/ram serta motherboard dan chipset yang digunakan. Terdapat beberapa pengeluar motherboard seperti Abit, DFI, Asus yang menyokong overclocking.
Oleh itu kita perlu memilih perkakasan yang sesuai utk meng'overclock'. Senarai perkakasan yang menyokong baik overclocking boleh dirujuk di website2 perkakasan yang sentiasa memberikan review terhadap sesuatu perkakasan.
Selain itu, banyak forum-forum perkakasan yang membincangkan mengenai topic overclocking seperti lowyat.net, putera.com dan sebagainya.
3. Bagaimana nak melakukan proses overclocking?
Kebanyakan motherboard yang terkini, setting utk kepantasan sesebuah processor/ram boleh di ubah dalam bios.
Pada asasnya, setting kelajuan processor dikira melalui Front Side Bus(FSB) yang didarabkan dengan pekali (mutliplier).
Setting ini biasa nya telah ditetapkan oleh pengeluar tetapi boleh di ubah secara menaikkan nilai atau menurunkan nilai.
Sebagai contoh bagi sebuah processor AMD Athlon XP 1800+ yang beroperasi pada 1530Mhz telah ditetapkan sebagai 133Mhz x 11.5 = 1530Mhz. Jika kita menaikkan FSB iaitu 133Mhz kepada 166Mhz, maka 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz. Dengan ini kelajuan processor kita meningkat sebanyak 25%.
Perlu diingatkan bahawa kita hendaklah menaikkan FSB beransur-ansur seperti 2Mhz secara menaik. Ini utk mengelakkan sistem menjadi tidak stabil, dan paling teruk merosakkan perkakasan kita yang sangat bernilai itu.
Jika processor yang digunakan mempunyai unlocked multiplier, kita boleh mendapatkan prestasi yang optimum jika kita menurunkan nilai pekali dan menaikkan FSB. Sebagai contoh bagi Athlon XP 1800+, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz.
Jika dibandingkan antara 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz dan 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz, setting pertama mempunya nilai frequency lebih tinggi.
Sebaliknya dari segi prestasi sebenar, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz beroperasi dengan lebih laju kerana kelebihan FSB yang tinggi.
FSB tinggi bermaksud bandwidth untuk memori/RAM juga meningkat jika frequency ram ditetapkan sama laju dgn FSB.
4. Apakah maksud multiplier locked/unlock?
Untuk mengelakkan daripada overclocking, pengeluar chip seperti Intel dan AMD mengunci pekali dari diubah sesuka hati oleh para overclockers.
Ini kerana processor yang mempunyai unlocked multiplier yang menjadi overclocking king yang akan merugikan pengeluar processor tersebut kerana pnegguna mendapat prestasi yang maximum dgn harga yang minimum.
5. Bagaimana hendak menentukan kestabilan sistem dan penambahan prestasi yang dicapai setelah meng'overclock'?
Banyak perisian yang telah ditulis utk mengukur prestasi sistem sesebuah pc seperti PCMark 2004, SiSoft Sandra dan perisian lain seperti Super Pi, Prime95, PiFast dan sebagainya.
Walaubagaimana pun perisian Prime95 iaitu program utk mencari nombor perdana Mersenne mempunyai fungsi khas utk menentukan kestabilan sistem. Tambahan pula perisian telah menjadi de facto standard serta diiktiraf oleh ramai overclockers.
Showing posts with label Tips Komputer. Show all posts

29 November 2008
06 October 2008
TIPS PENGGUNAAN PC
Beberapa tips penggunaan PC yang berkesan:
1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu sistem.
2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem, paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja.
3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya.
4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (biasanya tak perlu update pun).
5. Sentiasa update perisian antivirus anda.
6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem anda (biasanya game lar, memerlukan spesifikasi yang tinggi).
7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda, elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau partition lain.
8. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete dan reka semula akan hilang sama sekali.
9. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari.
10. Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang.
11. Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak, contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak!!!.
12. Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan.
13. Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment, check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu.
14. Elakkan menggunakan "regedit" dan "services.msc" jika anda kurang mahir mengenainya!!!.
15. BIOS?Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya!!!.
16. Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda.
17. Elakkan makan dan minum berdekatan sistem anda.
18. Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster.
19. Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!
20. Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh!!!
21. Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah kemudian,seperti muncul senarai "gambar blue" dalam senarai screensaver anda secara tiba-tiba, yang sudah pasti anda tidak tahu cara deletenya. Lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.
22. Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting? upgrade la hardwarenya.
23. Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu.
24. Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24 jam sehari...akan membawa kesan jangka panjang yang teruk, seperti motherboard atau processor melebur..
Selamat Mencuba.....

Subscribe to:
Posts (Atom)